Sunday, November 13, 2016

SYARIKAT BUDAYATAMA CORPORATION SDN BHD

TUAN HJ NASUHA KAISAN 

Tuan Hj Nasuha Kaisan yang telah berusia 65 tahun telah mengkaji melalui pendekatan yang kreatif, moden serta inovatif ini selama 38 tahun. Beliau telah berjaya menghasilkan dan memasarkan pelbagai produk kesihatan berkualiti berasaskan herba jenama CT Herbs Spices sehingga ke pasaran antarabangsa dan rempah ratus masakan jenama Mak Siti yang popular di pasaran tempatan. Beliau kini berusaha untuk menambahkan nilai pulangan hasil perniagaan yang tinggi dengan melebarkan sayap perniagaannya ke bidang agro-pelancongan.

Antara produk yang telah dipasarkan ialah Gora Herbal Tea, Serico Herbal Tea, Centella Herbal Tea, Garcinia Herbal Tea, Cinnamon Herba Tea, Scaphium Herbal Tea, Allspice Herbal Tea, Noni Herbal Tea dan juga produk terbaru yang telah dikeluarkan oleh syarikat beliau iaitu Natural Repellent iaitu satu produk penyembur penghalau serangga yang menggunakan bahan bahan organik tanpa menggunakan sebarang bahan dan racun kimia.
Ladang Rempah Ratus milik Tuan Hj Nasuha Kaisan ini telah mendapat pengiktirafan dengan meraih Pingat Emas dalam penyelidikan kanser peringkat antarabangsa dengan menerima pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) dan juga pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.  Beliau kini sedang menuju matlamatnya untuk menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti tempatan terpilih untuk menjadikan ladang herba ini sebagai penyelidikan kepada para penuntut PhD.
                

SYARIKAT BUDAYATAMA CORPORATION          SDN BHD

Syarikat Budayatama Corporation Sdn Bhd adalah syarikat yang dimiliki oleh seorang usahawan yang bernama Tuan Hj Nasuha Kaisan. Syarikat ini adalah syarikat yang mengeluarkan herba herba dan rempas ratus untuk kesihatan. Syarikat ini bertempat di ladang yang terletak di Batu 12 Jalan Muar - Pagoh di Negeri Johor, Malaysia.
Beliau sangat berbangga dengan dirinya kerana telah menjadi perintis dan pemimpin dalam industri herba dan rempah ratus yang berasaskan di Malaysia ini dengan mempunyai lebih daripada 30 jenis produk yang diedarkan di pasaran tempatan.
Ladangnya yang berada di Muar, Johor ditanam dengan 135 jenis herba yang dikumpul dari seluruh dunia. Ia menggunakan semata mata sistem organik penanaman tanpa menggunakan sebarang bahan dan baja kimia serta racun rumpai yang boleh membuatkan kerosakan alam sekitar. Tanah ladang meliputi kawasan seluas lebih 3,200 ekar, yang dikenali sebagai salah satu yang terbesar herba dan rempah perladangan di Asia, menghasilkan 6 hingga 10 metrik herba mentah dan rempah setiap hari. Ladang itu ditanam dengan 135 jenis herba yang dikumpul dari seluruh dunia. Ia menggunakan sistem semata-mata organik penanaman, tanpa baja kimia dan racun herba dan telah menghasilkan herba bebas daripada pencemaran kimia.

Herba yang dituai dan kering diproses dengan menggunakan teknologi terkini untuk mencegah kehilangan nutrient semulajadi dengan mengekalkan kualiti pemakanan yang tinggi. Pengadunan dan pembungkusan dilakukan dengan serta merta selepas pengeringan untuk mengurangkan pencemaran produk dan untuk mengekalkan kesegaran produk.
Dengan usaha usaha berterusan syarikat untuk mengekalkan kualiti produk, segar dan bebas tanpa sebarang bahan pengawet dan pewarna ejen telah mencapai kejayaan yang luar biasa. Tenaga pekerja yang sangat berdedikasi dan kebanyakan dari pekerja beliau itu adalah pakar dalam bidang rempah dan herba. 

Ini adalah salah satu faktor yang menyumbangkan kejayaan kepada syarikat itu sehingga ke hari ini. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat ini telah melabur sejumlah besar modal mereka dari segi penyelidakan dan pembangunan. Pelaburan yang berterusan dalam menghasilkan produk herba yang lebih baik dan baru menunjukan komitmen untuk kesihatan yang lebih baik untuk semua pelanggan.


                                           Natural Repellent



Mungkin ramai yang tertanya Tanya produk apakah yang syarikat ini keluarkan. Disebabkan syarikat ini mengeluarkan produk yang berasaskan herba herba semulajadi, NATURAL REPPELLENT ini adalah sejenis produk yang mengandungi 6 jenis herba.
Namun apakah kegunaan produk ini? Jika kita lihat penyakit denggi sangat menjadi jadi dan telah membuatkan penyakit yang paling berbahaya di Malaysia. Jadi produk baharu yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah satu produk dengan cara penyemburan yang dapat membunuh serangga seperti nyamuk terutamanya nyamuk Aedes.


Berkat kesabaran melakukan penyelidikan selama 12 tahun, pengusaha ladang rempah ratus dan herba terbesar Asia, Tuan Hj Nasuha Kaisan akhirnya berjaya menghasilkan teknologi kawalan biologi bagi menghapuskan nyamuk Aedes iaitu vektor bawaan penyakit denggi.

Teknologi itu yang pertama diperkenalkan di dunia, diusahakan bersama penyelidiknya dan kemudian diaplikasikan ke dalam bentuk produk iaitu penyembur penghalau serangga yang menggunakan bahan bahan organik.

Produk ini secara amnya adalah sejenis produk penyembur serangga yang berbentuk pati wap. Produk ini bertindak menutup lubang pernafasan nyamuk Aedes dan akan mengakibatkan nyamuk Aedes yang berbahaya ini mati serta merta.
Selain itu, produk ini juga dihasilkan dengan menggunakan teknologi hijau dan seratus peratus ia menjanjikan bahawa ia tidak akan mendatangkan apa apa kesan sampingan kepada tubuh badan manusia mahupun alam sekitar. Ini kerana, syarikat ini menggunakan seratus peratus bahan bahan organic yang mesra alam dan bebas daripada bahan bahan kimia dan racun yang mampu mendatangkan kesan sampingan kepada manusia mahupun alam sekitar.

Menurut pengasas Syarikat Budayatama Corporation Sdn Bhd ini, mereka mengeluarkan produk yang berasaskan herba dan dengan penggunaan dos yang sedikit, produk ini juga mampu menyembuhkan penyakit batuk kerana ia mampu menghilangkan cecair dalam paru paru manusia.

Sementara itu, produk ini sangat sesuai digunakan oleh para pekebun bagi menghalau dan membunuh serangga serta kulat perosak tanpa menggunakan racun serangga dan bahan kimia bagi melindungi hasil tanaman mereka dimakan oleh serangga pemusnah.
Tuan Hj Nasuha Kaisan berkata, beliau mendapat idea untuk mengeluarkan produk sebegini bermula daripada hasil kajian yang telah dilakukan bersama para penyelidik terhadap daun yang dimusnahkan oleh serangga.

Hasil kajian terhadap daun itu telah membuktikan bahawa ia boleh mendatangkan kesan toksik kepada serangga dan satu formula telah Berjaya dicipta iaitu campuran herba yang sesuai untuk menghapuskan serangga perosak termasuklah nyamuk yang berbahaya iaitu nyamuk Aedes.

Monday, November 7, 2016

LIVING ACTIVE GENIUS SDN.BHD

2.1 Latar Belakang Penubuhan Syarikat

LA Genius Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan beribu pejabat di Taman Putra Kajang, Selangor dengan 12 kakitangan yang terlibat dalam pengurusan, pentadbiran, 
perakaunan, pemasaran dan teknologi maklumat. Syarikat ini mula berdaftar pada 9 disember 2014 sebagai syarikat sendirian berhad. Pengasasnya adalah Tuan Omar Bin Lokman selaku Pengarah Urusan LA genius Sdn.Bhd. Syarikat ini menjalankan perniagaan berkonsepkan E-Commerce dan Networking di bawah industri Multi-Level Marketing.


Syarikat ini adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang membangun dan membekalkan produk-produk kecantikan, kesihatan dan menabung untuk orang-orang pengguna yang mengambil berat tentang kesihatan dan kualiti hidup mereka.

Pada Mac 2015, LA Genius Sdn.Bhd mula menjalankan operasinya secara serius dengan menyusun rancangan perniagaan dan strategi. Ia mula mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai usahawan. Menjelang April 2016, LA Genius terus mengorak langkah dengan memiliki wisma induk LA Genius berpusat di Kajang, Selangor.
                                                             .
Ibu pejabat  LA Genius terletak di lokasi yang strategik. Tambahan pula, ia turut dilengkapi dengan peralatan canggih yang terkini dipadankan dengan kemudahan ‘ultra-modern`. Kemudahan ini memberikan keselesaan kepada ahli-ahlinya untuk menjalankan perniagaaan. Selain daripada bilik mesyuarat, ia turut dilengkapi dengan cafĂ©, bilik pertunjukan produk dan pelbagai kemudahan lagi.

Bagi mengembangkan perniagaannya, LA Genius Sdn.Bhd turut meluaskan cawangan di seluruh Malaysia. Kini ia mempunyai 8 cawangan di seluruh Malaysia termasuk di luar Negara iaitu di Thailand dan Indonesia. Cawangannya bertempat di Kota Bharu, Temerloh, Sandakan, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. LA Genius Sdn.Bhd turut memasarkan produknya di pasaran antarabangsa dengan membuka wisma di Thailand ( Hatyai dan Bangkok) dan Indonesia ( Jakarta dan Pekanbaru).

Selaras dengan perkembangan dan perluasan cawangan di serata Asia, LA Genius turut melancarkan program dan aktiviti pengembangan secara agresif. Pemgembangan cawangan bertujuan untuk memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat. Cawangan-cawangan tersebut turut dilengkapi dengan kemudahan yang sama dengan ibu pejabatnya.

Tanggal 15 Jun 2016, LA Genius telah mencapai satu peristiwa penting apabila syarikat itu telah diberikan lesen jualan langsung oleh Kementerian Dalam Negeri perdagangan dan Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Perolehan tersebut merupakan satu pencapaian yang besar untuk LA Genius dan masa depannya. Hal ini kerana ia telah bersedia untuk satu perubahan yang besar dalam perjalanan syarikatnya. 

Sebagai sebuah syarikat yang berdaya saing, setiap produk LA Genius ™  yang dihasilkan telah melalui proses penyelidikan yang teliti. Kajian yang mendalam telah dilakukan dengan menitikberatkan standard pematuhan serta kualitibagi memenuhi kepuasan pelanggan-pelanggannya.

2.7 PRODUK SYARIKAT

                     


LA Genius Saver Card yang juga dikenali sebagai kartu sakti merupakan produk sulung yang dikeluarkan oleh LA Genius Sdn.Bhd. Kad ini bersaiz 85x54mm dan ketebalannya 1-1.4mm. Ia mengandungi bahan seperti ion negatif dan FIR yang tidak membahayakan kepada manusia malahan memberikan banyak manfaat kepada kita.

2.7.1 Fungsi Produk
LA Genius Saver Card berfungsi untuk penjimatan elektrik, penggunaan bahan api seperti petrol dan diesel. Ia juga memberikan kesan positif terhadap badan dan kesihatan manusia. Malahan ia juga membantu dalam mengatasi penyakit yang dihidapi iaitu sebagai rawatan alternatif .

2.7.2 Kelebihan Produk
LA Genius Saver Card merupakan produk yang berteraskan inovasi baru dan berteknologi tinggi dari Jerman. Ia mengandungi anti-radiasi yang mana berfungsi untuk mengurangkan kesan radiasi elektromagnet terhadap tubuh badan. Selain itu, ia juga kalis air dan tahan dengan suhu yang tinggi.Produk ini adalah sah di sisi undang-undang serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan

Malahan ia juga tidak mempunyai kos penyelenggaraan kerana pemasangan yang sangat senang dan tidak rumit. Pengguaan produk ini juga turut memanjangkan jangka hayat enjin kenderaaan dan peralatan elektrik. Tambahan pula, produk ini sesuai dan selamat digunakan pada semua jenis kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel, kegunaan kediaman, pejabat, hotel dan lain-lain. Di samping itu, produk ini turut mengandungi ion negatif dan FIR yang baik untuk kesihatan manusia.

2.7.3 Bahan-bahan dalam Produk
Ia merupakan kad kuasa dengan mengandungi ion negatif setinggi 5 000 – 10 000 ion dan FIR. Ion negatif merupakan gelombang yang dihasilkan oleh penyejatan air, gelombang laut, air terjun dan mineral ionik. Manakala FIR (far-infrared) iaitu infra merah  merupakan gelombang yang dihasilkan daripada cahaya matahari.

2.7.4 Kelebihan ion negatif dan FIR
Penggunaan ion negatif juga dikenali sebagai vitamin udara memberikan banyak kesan yang positif terhadap tubuh badan, kesihatan dan dalam mengatasi penyakit. Antara manfaatnya terhadap tubuh badan manusia adalah ia membantu mengimbangi semula sistem autonomi untuk berfungsi dalam organ-organ badan, meningkatkan pertumbuhan kolagen dalam badan, meningkatkan membran plasma prototaip sel serta menguatkan sel.

Selain itu, manfaat ion negatif terhadap kesihatan manusia adalah untuk meningkatkan fungsi pernafasan iaitu dengan megurangkan asma dan gejala-gejala alergi dan penyakit pernafasan terutamanya bronkial. Malahan ia juga dapat mempercepatkan proses pengoksidaan dalam seratonin darah iaitu memberikan kesan yang baik terhadap emosi manusia melegakan kesakitan serta meningkatkan kesuburan juga merawat masalah seksual.

Maanfaat ion negatif dalam mengatasi peyakit adalah mengawal lebihan seratonin yang menyebabkan migrain. Rawatan ion negatif lebih berkesan daripada pengambilan ubat-ubatan anti despressant, selian itui on negatif mengawal pengeluaran serotonin kimia di dalam otak yang membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Ia juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan terbakar.

Kelebihan FIR iaitu infra merah jauh kepada kesihatan manusia adalah meningkatkan saiz kapilari darah sekaligus meransang sistem peredaran darah menjadi lebih baik. Ia juga membina semula tisu yang cedera, meningkatkan pertumbuhan sel, sintesis DNA dan sintesis protein. Malahan, ia turut menguatkan sistem imun dengan merangsang pengeluaran sel-sel darah putih dengan lebih banyak. Selain itu, ia turut menguatkan sistem kardiovaskular serta meningkatkan metabolisme dan menghalang pembentukan selulit.

2.7.5 Cara Produk Berfungsi

ELEKTRIK
Selepas LA genius saver ditampal di kotak fius elektrik utama ia akan menghasilkan getaran yang akan membentuk gelombang bagi membantu menyelaraskan gelombang voltan dengan gelombang elektrik. Kemudiannya, ia akan menghasilkan gelombang elektrik yang lebih sesuai. Gelombang yang dihasilkan akan memampatkan lebihan kuasa agar pembaziran tenaga dapat dikurangkan malahan dapat digunakan dengan lebih cekap.          

PETROL DAN GAS
Petrol merupakan cecair yang mudah terbakar kerana mengandungi atom aktif. Hal ini menyebabkan berlaku kebocoran dan pembaziran sekiranya penutup tangki dibuka. Fungsi LA Genius Saver ini adalah untuk menghasilkan gelombang yang akan menghalang wap petrol daripada mengalir keluar dan memberi penjimatan sehingga 30%. Hal ini juga turut memberi penjimatan terhadap penggunaan gas masakan serta kos bahan api.

2.7.6 Cadangan Cara Pemasangan
Untuk penjimatan yang lebih optimum, LA Genius telah mencadangkan cara pemasangan produknya. Bagu tujuan penjimatan petrol, ia boleh ditampal pada penutup tangki minyak kereta, berhampiran terminal negatif bateri kereta, penutup penapis udara, pam bahan api kenderaan, unit kawalan enjin (ECU) atau modul kawalan enjin (ECM) bergantung kepada jenis kenderaan. Bagi pemjimatan elektrik, ai hendaklah ditampal di fius utama elektrik.


Bagi penjimatan gas masakan pula, ia hendaklah ditampal pada regulator silinder gas. Manakala untuk kesihatan manusia pula, ia perlu ditampal pada bahagian yang terjejas dan sakit tetapi tidsk boleh diletakkan pada tempat yang cedara atau luka, ia juga boleh diletakkkan di bawah gelas berisi air putih kemudian meminumnya.

PERNIAGAAN YANG KREATIF DAN INOVATIF

NURKASIH ENTERPRISE (PUAN WASINAH KUNTAGIL)

            Uhau ialah sebutan bagi bahasa Kadazan dan Dusun atau nama saintifiknya E.coccinea. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang boleh dikategorikan sebagai keluarga halia (Etlingera coccinea) yang tumbuh meliar di hutan hujan di Kepulauan Borneo, terutamanya di Tambunan,Ranau dan Keningau. Pokok Tuhau merupakan pokok herba berbatang lembut yang tumbuh banyak di negara-negara Asia tenggara termasuklah Malaysia, Kalimatan(Sabah, Serawak dan sebahagian wilayah Indonesia) dan Burnei. Bagi kaum Iban Tuhau dipanggil upek kecalak manakala orang kedah memanggilnya sebagai pokok tepus atau pokok tepus kesing.

            Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupa pokok tuhau terutamanya masyarakat di semenanjung tanah melayu. Tuhau boleh dikatakan umpama sejenis tumbuhan menyerupai pokok kantan. Pokok Tuhau tumbuh subur di kawasan yang redup atau terlindung. Anak pokok tuhau hanya berketinggian 2 hingga ke 3 kaki sahaja. Ianya dicabut untuk mendapatkan umbutnya. Ia perlu dikupas/dikopek hingga umbut mudanya kelihatan. Jika inginkan umbut tuhau yang berwarna merah, cabut anak pokok tuhau yang masih kecil kira-kira 2 hingga 3 kaki tinggi,jika mencabut anak tuhau yang sudah melebihi 3 kaki, umbutnya sudah berwarna putih. Merah dan putih tidak ada perbezaan ketara cumanya semasa di jeruk atau dibuat sambal warna ini memainkan peranan untuk membangkitkan selera. Umbut Tuhau muda selalunya dimakan sebagai ulam, sambal atau jeruk..


INOVASI TERHADAP TUHAU

          Puan Wasinah Kuntagil ialah pemilik perusahaan NurKasih Enterprise yang mengeluarkan makanan tradisional penduduk Sabah yang berteraskan Tuhau. Dahulunya beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Ranau. Beliau mula berkerja sendiri sejak 2002 dengan mengusahakan makanan tradisional masyarakat tradisional orang Dusun yang halal dan selamat.

         Pokok Tuhau banyak tumbuh meliar di sekitar kampung Puan Wasinah. Oleh itu beliau yakin tiada masalah dalam mendapatkan bahan mentah. Selain usahanya untuk mendapatkan tuhau beliau juga mengajak penduduk kampung menjadikan pokok tersebut sebagai tumbuhan terpelihara dan dijaga rapi untuk dikomersilkan sebagai produk herba.

        Pada mulanya produknya hanya dijual di sekitar kampungnya kerana kekurangan modal. Pengeluarannya secara kecil-kecilan di rumah dengan mengunakan mesin dan kelengkapan asas sahaja. Beliau dibantu oleh suami dan anaknya dalam menghasilkan produk mengikut permintaan penduduk.

        Puan Wasinah berhadapan dengan keluhan rakan-rakan kampungnya yang sukar membawa makanan itu menaiki kapal kerana baunya yang kuat dan tidak tahan lama. Bagi menyelesaikan masalah itu puan Wasinah cuba membuat inovasi terhadapnya dengan mengeringkannya. Pada tahun 2008 siapa sangka usaha Puan Wasinah itu akhirnya berjaya dan terciptalah serunding tuhau.

        Di samping itu, menurut beberapa penyelidik Tuhau juga mempunyai khasiat daripada segi kesihatan. Ia mempunyai anti kanser dan buang angin. Tuhau juga mampu mencuci darah yang kotor, mengurangkan tekanan darah tinggi dan selain daripada itu kandungan seratnya yang sangat tinggi menjadikan tuhau baik untuk kesihatan. Ada juga menyatakan bahawa sekiranya seseorang tersebut tersesat di hutan, ia tidak akan mati kebuluran dengan memakan tuhau. Namun khasiat kesihatan ini masih dalam usaha untuk merekod kandungan nutrisi produk tersebut kerana belum disiapkan sepenuhnya. Sesungguhnya Tuhau bukanlah makanan biasa malah memberi khasiat kepada si pemakan.

       Puan wasinah pernah menyertai program usahawan Sabah pada tahun 2005. Pada tahun 2011 produknya berjaya dijejaki oleh Yayasan Inovasi Malaysia(YIM) menerusi jejaki inovasi di pendalaman Sabah. Puan Wasinah telah menerima dana Innofund MOSTI sebanyak rm 100,000. Beliau juga dibantu oleh Technology Park Malaysia(TPM) untuk menambahbaik kaedah dan mutu pembuatan produknya. Bantuan TPM Mosti telah menyumbang peningkatan produktiviti dan kecekapan pengeluaran Tuhau melalui inisiatif pembangunan pengeluaran dan kaedah pemprosesan inovatif. Hasilnya pendapatan Puan Wasinah meningkat dari RM850 hingga RM10,000 sebulan. Dalam sehari syarikatnya mampu mengeluarkan 300 hingga 500 botol sehari.

        Kini produk keluarannya yang seratus peratus dari tuhau boleh didapati dalam lima jenis iaitu jeruk,sambal,belacan,serunding dan popia. Daripada kesemua jenis produk ini, Tuhau belacan dan serunding merupakan produk yang paling laris. Jika di semenanjung serunding yang biasa didengar ialah serunding daging, ayam, ikan ,udang dan ikan bilis. Tetapi di sabah serunding ini sangat terkenal dengan haruman dan keranggupan yang sangat menyelerakan lebih-lebih lagi rasa pedas yang menyengat. Walaupun serunding Tuhau mampu bertahan sehingga enam bulan sahaja tetapi Puan wasinah masih mengakaji bagaimana untuk membolehkan produknya supaya tahan lebih lama dan boleh dinikmati sepanjang masa dan bukan hanya pada musim perayaan sahaja.  Produk Tuhau ini adalah halal dan mematuhi syariah.
       
        Hasil daripada bantuan itu, Puan Wasinah mampu membuka syarikat NurKasih Entreprise di alamat peti surat 994, Kg. Merakau 89307 Ranau,Sabah. Keseluruhan teknologi pemprosesan dan pengeluaran melibatkan kerja-kerja pembersihan dan mengupas,parutan,menggoreng dan pengeringan sehingga kepada memasak,mencampur jeruk dan pembungkusan akhir diilhamkan dan dibangunkan oleh TPM sejak September 2011. Serunding Tuhau keluaran NurKasih Enterprise sangat terkenal dan terlaris berbanding produknya yang lain.

         Kini produk tuhau telah dikenali dan berkembang bukan sahaja di sekitar Sabah malah di luar negara seperti Filipina,Singapura,Indonesia dan Brunei. Nurkasih enterprise adalah syarikat pertama menggunakan inovasi pengeluaran Tuhau secara besar-besaran untuk dikormesialkan ke pasaran domestik dan antarabangsa. Tidak hairanlah produk ini mampu berkembang dengan pesat sekali. Inovasi terhadap Tuhau dapat diterima terutamanya masyarakat Sabah yang dahulunya makan Tuhau secara tradisional dan ianya berkembang secara meluas di seluruh Malaysia dan Filipina kerana rasanya yang enak dan halal. Dengan bantuan MOSTI,YIM serta TPM, Puan Wasinah berjaya membangunkan dapur halalnya sendiri. Puan Wasinah sekarang dalam proses menghasilkan produk baharu iaitu sos Tuhau dan mi segera Tuhau. Kedua-duanya masih dalam proses kajian dan penyelidikan (R&D).



MK CURTAIN GROUP
Dato Calvin Khiu
Pengasas MK Curtain Group ialah Dato Calvin Khiu.  Beliau merupakan seorang usahawan kreativiti dan inovatif sehingga membolehkannya memperolehi kejayaan yang sangat cemerlang dalam bidang perniagaan.  MK Curtain Group mula ditubuhkan dengan sebuah kedai kecil di Nilai 3, Negeri Sembilan pada tahun 2005.  Hal ini demikian, beliau dengan isterinya Moon Sze Fui telah bertekad untuk membuka sebuah kedai langsir yang berkepunyaan sendiri.  Namun, mereka tidak ingin kedai mereka hanya menjual langsir, jadi terdapat beberapa barang juga yang turut dijual oleh mereka iaitu cadar, wallpaper, kusyen, karpet, peralatan perhiasan rumah dan sebagainya.  



Sebagai seorang usahawan yang prihatin, Dato Calvin Khiu sentiasa berprihatin terhadap segala perubahan dan keadaan dalam pasaran. Melalui kajian yang dibuat oleh Dato Calvin Khiu, beliau mendapati bahawa e-pasaran telah memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan menggembangkan sesuatu perniagaan. Jadi, beliau telah membuat sesuatu yang berlainan dengan orang lain. Beliau juga membekalkan perkhidmatan menjual produk syarikatnya secara online. Namun, apa yang membezakan perkhidmatan jualan secara online ini dengan perniagaan lain adalah melalui jualan secara online ini, pelanggan juga boleh menggunakan peluang ini untuk berkomunikasi dengan pakar pereka dalam MK Curtain Group. Perkhidmatan yang dibekalkan ini dikenali sebagai “Inquiry Service”. Melalui perkhidmatan ini, ia telah membekalkan sekumpulan pekerja yang pakar dalam bidang textile ini iaitu “Professional Curtains Agent” untuk membantu pelanggan membuat pilihan yang terbaik dalam pembelian produk di MK Curtain Group.

Inquiry Service

Selain itu, MK Curtain Group juga membekalkan perkhidmatan “door to door services”. Perkhidmatan ini dikenali sebagai “one-stop service” yang merangkumi perkhidmatan ukuran terhadap saiz langsir yang akan digunakan di lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan, sebut harga, penghantaran produk dan pemasangan produk. Segala perkhidmatan ini adalah “free of charge” iaitu tanpa sebarang caj extra. Selain daripada itu, MK Curtain Group juga membekalkan perkhidmatan untuk menghantar katalog produk ke rumah pelanggan jika menerima pesanan daripada pelanggan. Perkhidmatan ini ditujukan kepada golongan pelanggan yang terdiri daripada surirumahtangga, golongan yang bekerja dan sebagainya.
Door to Door Service


Seterusnya, Dato Calvin Khiu telah mendirikan “Project Team” dalam MK Curtain Group. Perkhidmatan yang dibekalkan oleh “Project Team” adalah ditujukan kepada golongan pelanggan yang tidak dapat memasti apakah jenis produk yang dikehendaki. Maka golongan pelanggan ini boleh meminta bantuan daripada “Project Team”. Hal ini demikian pekerja yang tergolong dalam “Project Team” adalah merupakan golongan pekerja yang terlatih dari segi teknik dalam soal jawab pelanggan dan ilmu pengetahuan dalam segala perkara yang berkaitan dengan bidang textile seperti jenis kain, fabrik, harga dan sebagainya. Mereka juga dilatih untuk memberikan bantuan kepada pelanggan dan memahami apa yang diperlukan oleh setiap pelanggan dalam memenuhi keperluan kehidupan dan ruang kerja mereka. 

Sifat kreatif Dato Calvin Khiu juga boleh dilihat melalui pembinaan sebuah taman permainan di dalam cawangan kedainya. Pembinaan taman permianan ini adalah bertujuan untuk membolehkan pelanggan yang membawa bersama anak-anak mereka boleh menikmati dalam proses membuat pembelian barang jualan di MK Curtain group. 

Selain daripada sifat kreativiti yang terdapat dalam diri Dato Calvin Khiu, malah sifat inovasi juga muncul dalam diri Dato Calvin Khiu yang membolehkannya mencapai kejayaan yang begitu cemerlang dalam bidang textile. Dato Calvin Khiu telah mengeluarkan beg tangan. Keluaran beg tangan oleh Dato Calvin Khiu tidak dianggap sebagai penciptaan baru kerana beg tangan merupakan produk yang sudah lama muncul di pasaran. Jadi, keluaran beg tangan oleh MK Curtain Group dikategorikan dalam jenis pengembangan. Hal ini demikian, beg tangan yang dikeluarkan ini bukan merupakan beg tangan yang biasa dan bukan hanya sebarang beg tangan sahaja, malah bahan yang digunakan untuk menghasilkan beg tangan ini adalah bermutu tinggi iaitu “pure cotton canvas”.Malah, teknologi yang digunakan dalam penghasilan beg tangan adalah teknologi nano. Ini jelas dilihat bahawa beg tangan ini adalah berkualiti tinggi dan mempunyai sifat inovasi.

Secara keseluruhannya, Dato Calvin Khiu merupakan seorang usahawan yang kreatif dan inovatif sehingga membawa kejayaan dalam kehidupan beliau. Kejayaan yang dicapai oleh beliau boleh dilihat melalui ciri keperibadiannya yang tinggi terutamanya dalam sifat kreativiti dan inovasi yang tetdapat dalam dirinya. Sifat-sifat ini yang mendorong kejayaannya. Sifat kreatif yang terdapat dalam diri beliau dapat dibuktikan melalui anugerah yang diperolehi oleh beliau iaitu Anugerah Usahawan JCI Creative Young pada tahun 2014, “2013 Anugerah Belia Malaysia Cemerlang Ten”, “2014 EY Emerging Entrepreneur” dan anugerah“2016 Malaysia Book of Record”. Kejayaan yang dicapai oleh beliau telah membolehkannya menduduki tempat pertama dalam bidang textile di Malaysia.