MK CURTAIN GROUP
 |
Dato Calvin Khiu |
Pengasas MK Curtain Group ialah Dato Calvin Khiu. Beliau merupakan seorang usahawan kreativiti
dan inovatif sehingga membolehkannya memperolehi kejayaan yang sangat cemerlang
dalam bidang perniagaan. MK Curtain
Group mula ditubuhkan dengan sebuah kedai kecil di Nilai 3, Negeri Sembilan pada
tahun 2005. Hal ini demikian, beliau
dengan isterinya Moon Sze Fui telah bertekad untuk membuka sebuah kedai langsir
yang berkepunyaan sendiri. Namun, mereka
tidak ingin kedai mereka hanya menjual langsir, jadi terdapat beberapa barang
juga yang turut dijual oleh mereka iaitu cadar, wallpaper, kusyen, karpet,
peralatan perhiasan rumah dan sebagainya.


Sebagai seorang usahawan yang prihatin, Dato Calvin Khiu sentiasa berprihatin terhadap segala perubahan dan keadaan dalam pasaran. Melalui kajian yang dibuat oleh Dato Calvin Khiu, beliau mendapati bahawa e-pasaran telah memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan menggembangkan sesuatu perniagaan. Jadi, beliau telah membuat sesuatu yang berlainan dengan orang lain. Beliau juga membekalkan perkhidmatan menjual produk syarikatnya secara online. Namun, apa yang membezakan perkhidmatan jualan secara online ini dengan perniagaan lain adalah melalui jualan secara online ini, pelanggan juga boleh menggunakan peluang ini untuk berkomunikasi dengan pakar pereka dalam MK Curtain Group. Perkhidmatan yang dibekalkan ini dikenali sebagai “Inquiry Service”. Melalui perkhidmatan ini, ia telah membekalkan sekumpulan pekerja yang pakar dalam bidang textile ini iaitu “Professional Curtains Agent” untuk membantu pelanggan membuat pilihan yang terbaik dalam pembelian produk di MK Curtain Group.
 |
Inquiry Service
|
Selain itu, MK Curtain Group juga membekalkan perkhidmatan “door to door services”. Perkhidmatan ini dikenali sebagai “one-stop service” yang merangkumi perkhidmatan ukuran terhadap saiz langsir yang akan digunakan di lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan, sebut harga, penghantaran produk dan pemasangan produk. Segala perkhidmatan ini adalah “free of charge” iaitu tanpa sebarang caj extra. Selain daripada itu, MK Curtain Group juga membekalkan perkhidmatan untuk menghantar katalog produk ke rumah pelanggan jika menerima pesanan daripada pelanggan. Perkhidmatan ini ditujukan kepada golongan pelanggan yang terdiri daripada surirumahtangga, golongan yang bekerja dan sebagainya.
 |
Door to Door Service
Seterusnya, Dato Calvin Khiu telah mendirikan “Project Team” dalam MK Curtain Group. Perkhidmatan yang dibekalkan oleh “Project Team” adalah ditujukan kepada golongan pelanggan yang tidak dapat memasti apakah jenis produk yang dikehendaki. Maka golongan pelanggan ini boleh meminta bantuan daripada “Project Team”. Hal ini demikian pekerja yang tergolong dalam “Project Team” adalah merupakan golongan pekerja yang terlatih dari segi teknik dalam soal jawab pelanggan dan ilmu pengetahuan dalam segala perkara yang berkaitan dengan bidang textile seperti jenis kain, fabrik, harga dan sebagainya. Mereka juga dilatih untuk memberikan bantuan kepada pelanggan dan memahami apa yang diperlukan oleh setiap pelanggan dalam memenuhi keperluan kehidupan dan ruang kerja mereka.
Sifat kreatif Dato Calvin Khiu juga boleh dilihat melalui pembinaan sebuah taman permainan di dalam cawangan kedainya. Pembinaan taman permianan ini adalah bertujuan untuk membolehkan pelanggan yang membawa bersama anak-anak mereka boleh menikmati dalam proses membuat pembelian barang jualan di MK Curtain group.
Selain daripada sifat kreativiti yang terdapat dalam diri Dato Calvin Khiu, malah sifat inovasi juga muncul dalam diri Dato Calvin Khiu yang membolehkannya mencapai kejayaan yang begitu cemerlang dalam bidang textile. Dato Calvin Khiu telah mengeluarkan beg tangan. Keluaran beg tangan oleh Dato Calvin Khiu tidak dianggap sebagai penciptaan baru kerana beg tangan merupakan produk yang sudah lama muncul di pasaran. Jadi, keluaran beg tangan oleh MK Curtain Group dikategorikan dalam jenis pengembangan. Hal ini demikian, beg tangan yang dikeluarkan ini bukan merupakan beg tangan yang biasa dan bukan hanya sebarang beg tangan sahaja, malah bahan yang digunakan untuk menghasilkan beg tangan ini adalah bermutu tinggi iaitu “pure cotton canvas”.Malah, teknologi yang digunakan dalam penghasilan beg tangan adalah teknologi nano. Ini jelas dilihat bahawa beg tangan ini adalah berkualiti tinggi dan mempunyai sifat inovasi.
Secara keseluruhannya, Dato Calvin Khiu merupakan seorang usahawan yang kreatif dan inovatif sehingga membawa kejayaan dalam kehidupan beliau. Kejayaan yang dicapai oleh beliau boleh dilihat melalui ciri keperibadiannya yang tinggi terutamanya dalam sifat kreativiti dan inovasi yang tetdapat dalam dirinya. Sifat-sifat ini yang mendorong kejayaannya. Sifat kreatif yang terdapat dalam diri beliau dapat dibuktikan melalui anugerah yang diperolehi oleh beliau iaitu Anugerah Usahawan JCI Creative Young pada tahun 2014, “2013 Anugerah Belia Malaysia Cemerlang Ten”, “2014 EY Emerging Entrepreneur” dan anugerah“2016 Malaysia Book of Record”. Kejayaan yang dicapai oleh beliau telah membolehkannya menduduki tempat pertama dalam bidang textile di Malaysia.

|
How to win a slot machine by playing online | JtmHub
ReplyDeleteThe 제주 출장안마 minimum bet is £/€20 천안 출장마사지 (for the bonus you'll need to pick up 아산 출장샵 the game). There are three minimum bets 밀양 출장마사지 to win, and the 성남 출장샵 maximum bet size is £/€10. This